Wednesday, March 17, 2010

VISI

Mewujudkan sekolah yang kondusif, kreatif serta menghargai nilai estetika dalam mencapai kesempurnaan diri.

MISI
  • Mewujudkan suasana pusat sumber yang lebih kondusif dan harmonis menjelang 2010.
  • Sistem pengurusan pusat sumber yang telus dan berkesan menjelang 2020.
  • Melahirkan pelajar-pelajar bestari yang cekap menggunakan bahan-bahan pusat sumber untuk meningkatkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat.

PERKEMBANGAN / SEJARAH PUSAT SUMBER

SMK (P) St. George ditubuhkan pada tahun 1884 di gereja St. George, Pulau Pinang di Jalan Farquhar. Pada tahun 1909, SGGS telah berpindah ke sebuah bangunan baru di Jalan Northan (sekarang diberi nama Jalan Sultan Ahmad Shah.) Selepas itu, SGGS telah berpindah ke Jalan Macalister pada tahun 1954. Pada awal tahun 70-an, Unit Audio Visual mempunyai sebuah bilik tayangan 1 di tingkat 1 blok G dan sebuah lagi bilik tayangan 2 yang bertempat di tingkat bawah blok H yang telah ditambahkan pada tahun 90-an. Sejak tahun 2003, Unit Audio Visual telah diperuntukkan dua buah bilik tayangan iaitu BiliK Tayangan 1 (Blok G) dan Bilik Tayangan 2 (Blok D).

KEGUNAAN / FUNGSI UNIT AUDIO VISUAL

Proses P&P dapat dijalankan di Bilik Tayangan dengan selesa. DVD, VCD dan VCR disambung ke TV 29'' untuk kegunaan guru semasa P&P.

KEISTIMEWAAN UNIT AUDIO VISUAL

Unit Audio Visual mempunyai:

  • 2 bilik tayangan
  • 3 buah TV 29''
  • Pemain DVD, VCD & VCR
  • Kemudahan OHP
  • Skrin Putih

PERATURAN UNIT AUDIO VISUAL
  • Guru hendaklah membuat tempahan seminggu sebelum menggunakan bilik tayangan.
  • Kunci bilik tayangan boleh didapati daripada pejabat sekolah dan mesti dipulangkan serta-merta selepas menggunakan bilik tersebut.
  • Pelajar-pelajar dikehendaki menjaga kebersihan bilik pada setiap masa.
  • Makanan dan minuman adalah tidak dibenarkan bawa masuk ke dalam bilik tayangan.
  • Pelajar-pelajar perlu menyusun semula kerusi dengan kemas sebelum meninggalkan bilik tayangan.

No comments:

Post a Comment